Ahad, 6 Mac 2011

SITUASI: SAMA KATA

  1. Bibik, tolong buka pintu gate, saya mahu keluar ni
  2. Piala monsun cup dianjurkan di Terengganu pada musim tengkujuh
  3. Adik sedang main game di bilik

          Pernahkan anda bertutur secara sedemikian? Contoh-contoh diatas telah menunjukkan bahawa ramai individu yang bertutur sedemikian. Terdapat dua kesalahan dalam ayat di atas iaitu penggunaan bahasa rojak serta pertuturan yang menggunakan dua perkataan yang punyai makna yang sama.

Berdasarkan contoh 1, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi dalam kalangan penutur yang bertutur sebegitu. Sebenarnya makna pintu dan gate adalah sama, cuba berbeza dari segi bahasanya sahaja. Kita sebagai orang Melayu seharusnya mengambil berat terhadap fenomena ini.

Seperti contoh 1, contoh 2 dan 3 juga menunjukkan kesalahan yang sama. Piala dan cup merujuk kepada makna yang sama, cuma piala merupakan perkataan dalam bahasa Melayu dan cup pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris. Dalam contoh ketiga, main merupakan seerti bagi game. Walau bagaimanapun, penutur kerap kali melakukan kesilapan yang sama semasa pertuturan.

Justeru, ingin saya ingatkan kepada pembaca dan diri saya sendiri supaya lebih berhati-hati dalam pertuturan seharian. Penggunaan kata yang punyai makna yang sama bolehlah dianalogikan seperti berikut “sudah berpenghawa dingin mahu ditambah pula dengan kipas”. Cubalah elakkan daripada menggunakan bahasa rojak yang sememangnya mampu merosakkan bahasa kita. Sesungguhnya, bahasa melayu merupakan salah satu bahasa yang indah.

Gambar sekadar hiasan

“KALIMAH AKAL : BAHASA ROJAK MENJADI PUNCA
PENGGUNAAN SAMA KATA”


1 ulasan:

  1. Hard Rock Hotel and Casino Las Vegas - MapYRO
    The Hard 진주 출장샵 Rock Hotel & Casino Las Vegas is the ultimate 사천 출장샵 destination for gaming and 서귀포 출장샵 entertainment, 수원 출장안마 featuring more 광양 출장마사지 than 2600 electronic games, a popular

    BalasPadam