Sudah menjadi kebiasaan saya pada semester ini, makan pada lewat malam di kedai mamak. Pada suatu hari, saya dan rakan keluar makan di sana, seperti biasa saya bihun goreng (tidak mahu sayur + pedas) rakan saya pula memesan bihun goreng (ada sayur + tidak pedas). Itulah menu utama jika saya dan rakan makan di kedai mamak.
Walau bagaimanapun, makanan yang kami pesan tidak pernah pun di bawa dengan betul, yang di bawa untuk saya bihun goreng (tiada sayur + tidak pedas), untuk rakan saya pula bihun goreng (ada sayur + pedas). Mungkin mamak itu pening agaknya, tapi waktu menerima pesanan bukan main lagi, tidak bawa kertas dan pen pun untuk mencatat. Suatu yang melucukan, apabila saya tanya ingat atau tidak? Katanya, ‘OK’, ingat. Suatu yang baik tentang saya dan rakan juga, kami tidak pernah pun menolak masakan yang di bawa sungguhpun salah. Maklumlah, sudah lapar sangat.
Ingin dijadikan cerita, selepas makan kami terus sahaja bangun dan pergi kepada juru wang untuk membuat bayaran. Baru sahaja mahu melangkah kaki beredar dari kedai itu, tiba-tiba:
Mamak : Adik, telefon tinggal.
Saya : (Memeriksa poket seluar), Oh terima kasih!
Mamak : (tersenyum)Sama-sama.
Rakan saya : Hurmm, lain kali hati-hati.
Saya dan rakan terus berlalu pergi. Sesungguhnya mamak itu sungguh baik hati dan berjiwa murni. Jarang sekali individu yang tertinggal telefon bimbit di kedai mampu memperolehinya kembali. Kata orang tua-tua, “pantang lupa, tentu habis lesap”. Apabila difikir-fikir kembali mungkin saya menerima balasan baik itu kerana saya tidak memarahi mamak tadi apabila tersalah membuat makanan yang saya pesan. Wallahualam.
“KALIMAH AKAL : BUAT BAIK DIBALAS BAIK”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan