Benarkah bahasa Indonesia lebih indah daripada bahasa Malaysia? Saya berasa tertarik untuk berdiskusi dengan rakan-rakan pembaca berkenaan situasi ini. Sememangnya, penggunaan bahasa Melayu Indonesia banyak terserap dalam tuturan masyarakat di Malaysia. Saya tunjukkan beberapa contoh yang boleh kita lihat bersama:
- Kerana menjadi kerna
- Berbeza menjadi berbeda
- Sangat menjadi bangat
- Sudah menjadi udah
Situasi diatas sangat ketara digunakan dalam bidang hiburan. Apabila dengar sahaja lagu yang dinyanyikan, campuran bahasa telah berlaku. Kumpulan penyanyi berasal dari Malaysia tetapi beridentitikan negara seberang. Adakah itu strategi promosi serta menarik hati peminat di luar negara? Perlukah sebegitu, ibaratnya seperti bahasa Melayu diperlekehkan sahaja.
Banyak lagi perkataan bahasa Melayu Indonesia yang digunakan dalam pertuturan seharian mahupun dalam dunia hiburan. Bukanlah mahu mengatakan bahasa Melayu Indonesia itu salah, maknanya sememangnya sama 100% dengan bahasa Melayu. Malahan bahasa Melayu dan bahasa Melayu Indonesia merupakan bahasa serumpun.
Walau bagaimanapun, perkara yang ingin saya tegaskan di sini ialah cintailah bahasa Melayu kita. Kita mempunyai bahasa yang tersendiri, jadi budayakanlah bahasa yang kita miliki. Banggalah dengan bahasa yang kita ada. Jadikanlah bahasa Melayu sebagai identiti diri. Kuatkanlah nasionalime dalam diri kita untuk mencintai bahasa Melayu.
“KALIMAH AKAL : JADIKAN BAHASA MELAYU BAHASA IDENTITI”
sokong 100%...
BalasPadamkebanyakan rakyat Malaysia ini tidak tahu akan tentang sejarah bahasa mereka, malahan lebih suka untuk menggunakan bahasa orang lain. Dari situ sudah menunjukkan kesilapan ini berpunca dari siapa... bukan hendak menunding jari. tapi salahkanlah diri sendiri
salam..
Indah apa bahasa indon perosak bahasa melayu dengan bahasa inggeris
BalasPadam