Jumaat, 4 Mac 2011

SITUASI: CONTENGAN BERMAKNA

Dua hari yang berlalu penuh dengan dugaan yang mencabar. Semuanya, telah mengajar saya dan rakan taulan akan erti kesabaran yang sangat tinggi. Salah satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila berlaku masalah kebocoran tiub motosikal pada waktu malam di bandaraya Kuala Lumpur dan juga di lebuhraya pada waktu siang hari. Pernahkah saudara dan saudari mengalami situasi tersebut?

Alkisah, bermula dengan B yang membawa moto Honda berwarna hitam bersama rakan karibnya yang membonceng di belakang. Sedang asyik mengamati panorama indah di sepanjang jalan, tiba-tiba B berhenti di tepi jalan kerana motor yang ditunggangnya hilang keseimbangan. Setelah turun dari atas motor, beliau mendapati tayar motornya kempis. Spontan beliau berkata, “Ah pancit pula motor aku malam-malam ini”. Sesungguhnya, adalah tersangat sukar untuk mendapatkan bantuan mekanik apabila malam menejelang tiba.

Syahdan, semua berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu? Jika ditanya kepada pemandu di jalan raya tentang contengan yang bertimbun-timbun di bahu jalan pastinya mereka menjawab itu semuanya perkara biasa. Sememangnya, banyak tangan-tangan gatal yang membuat contengan itu. Pelbagai pesan dan kata hikmah yang cuba disampaikan oleh penconteng dan kebanyakannya tidak bermakna pun. Walau bagaimanapun, terdapat juga contengan yang bermakna dan sememangnya dapat membantu kami pada waktu itu, contengan itu adalah berkenaan nombor telefon mekanik 24 jam.

Selepas 20 minit B menelefon mekanik tersebut untuk meminta bantuan, akhirnya mekanik itu tiba. Dalam beberapa minit sahaja, tiub yang bocor tadi sudah ciap ditukarkan dengan yang baharu.
    
    B : Berapa upah abang ya?
    Mekanik : RM 30
    B : Tak boleh murah sikit ke abang?
    Mekanik : Tak dapat la adik

B terus membayar harga yang telah ditetapkan. Walaupun B agak terkejut dengan harga yang perkhidmatan yang agak mahal itu, namun dia juga berasa lega kerana masalahnya sudah selesai.
            
        Situasi seperti di atas, turut berlaku kepada seorang lagi rakan saya iaitu I. walau bagaimanapun, peristiwa tersebut berlaku di lebuhraya dan kadar upahnya juga lebih tinggi iaitu RM 35.
            
          Berdasarkan situasi di atas, pada fikiran anda, apakah yang menyebabkan para mekanik tadi menulis nombor telefon dan perkhidmatan yang ditawarkannya di bahu jalan? Cuba sama-sama kita fikirkan. Berikut merupakan beberapa pandangan saya.
  1. Mekanik prihatin dengan keperluan pemandu yang sangat memerlukan bantuan ketika kecemasan.
  2. Tiada kemudahan membaiki kenderaan yang bocor di highway, yang ada hanya lori penunda sahaja.

            Secara sosiobudaya, kita pasti ketahui bahawa aktiviti menconteng merupakan sesuatu yang tidak baik kerana boleh memcerminkan imej yang negatif kepada masyarakat dalam negara mahupun pelancong-pelancong dari luar negara. Walau bagaimanapun, dalam situasi di atas iaitu berkenaan contengan yang mampu membantu orang ramai, adakah anda fikir wajar atau tidak?

Gambar sekadar hiasan

“KALIMAH AKAL : CONTENGAN JUGA MAMPU MEMBANTU SESEORANG”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan