Jumaat, 4 Mac 2011

SITUASI: KESAMAAN BUNYI

Sebagai manusia, kita punya keperluan yang tersendiri. Menurut Abrahan Maslow, manusia mempunyai 5 keperluan yang sangat penting dan disusun mengikut peringkat atau hierarki. Keperluan yang dimaksudkan olehnya ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghormatan dan keperluan hasrat diri. Bagi memenuhi semua keperluan itu, kita perlulah bertutur dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, untuk mendapatkan makanan di kedai bagi memenuhi keperluan fisiologi kita, kita perlulah membuat pesanan. Daripada pesanan itulah lahirnya pertuturan.
            
         Ingin saya bertanya pada rakan-rakan, pernahkah anda mengalami masalah memahami makna perkataan disebabkan kesalahan penggunaan jeda? Jeda atau hentian yang berbeza mampu membezakan makna dalam sesuatu ayat. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik. Berikut merupakan contoh kepada ayat yang mengandungi kesamaan bunyi tetapi berbeza makna:

1) Ali, bolehkah awak belikan tin untuk saya?
  •      Be / li / kan // tin 

Tin

  •       Be / li // kan / tin

Kantin

2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia.
  •      I / bu / ba / pa / A / li 

Ibu bapa

  •       I / bu // ba / pa /A / li 

Bapa
           Berdasarkan contoh di atas, dapatkah anda melihat apa yang saya maksudkan dengan kesamaan bunyi tetapi perbezaan maksud? Baiklah, berdasarkan contoh 1 (a), ayat itu bermaksud Ali meminta pertolongan daripada rakannya untuk membelikan sebiji tin. Walau bagaimanapun, terdapat tafsiran makna yang berlainan apabila berlaku perbezaan dalam letakan // iaitu tanda jeda dalam ayat 1 (b). Ayat tersebut bermaksud Ali mahu meminta pertolongan rakannya untuk membelikannya sebuah kantin atau dewan makan.

Merujuk kepada contoh 2, terdapat juga perbezaan makna apabila penutur tidak menggunakan jeda dengan betul dalam ayat tersebut. Bagi penutur yang menggunakan jeda 2 (a), ayat tersebut bermaksud bahawa ibu bapa kepada Ali telah meninggal. Sebaliknya, jika penutur menggunakan jeda 2 (b), maka ayat tersebut bermaksud seseorang memberitahu ibunya bahawa bapa kepada Ali sudah meninggal dunia.

Penegasannya, ingin saya nyatakan bahawa terdapat pelbagai perkara yang mampu mengubah makna sesuatu ayat. Selain daripada kesamaan bunyi, penggunaan imbuhan dan kelompok kata juga mampu mengubah makna ayat. Oleh itu, berbahasalah dengan baik supaya pendengar dapat memahaminya.

“KALIMAH AKAL : JEDA MEMPENGARUHI MAKNA”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan