Ahad, 6 Mac 2011

SITUASI: AMBIL BERAT

Situasi ini juga berlaku dalam tempoh yang sama dengan situasi “contengan bermakna” yang saya garapkan sebelum ini. Oleh itu, situasi “tepi kain” ini bolehlah dianggap sambungan daripada situasi tersebut. Motosikal I tidak lagi lagi boleh ditunggang kerana tayarnya yang pancit. Lantas beliau mengalihkan dan parkir ke sisi jalan. Kami turut berhenti sama dan berehat di tebing bukit sementara menungggu mekanik samapai.
            
       Dalam situasi sebegini, saya dapat rasakan bahawa hubungan persahabatan kami sangat akrab. Kami tetap bersama walau dalam sebarang keadaan, baik susah mahupun senang, juga dalam tawa mahupun duka. Malahan bukan kami sahaja, saya dapat rasakan masih ramai pemandu di Malaysia ini yang punyai sikap ambil berat sesama masyarakat. Hal ini demikian kerana, ramai pemandu yang melalui lebuh raya itu berhenti dan bertanya kepada kami tentang situasi yang kami alami. Perkara ini merujuk kepada kesulitan yang dialami oleh I.

Penunggang 1 : Kenapa tu?
Kami : Tiub bocor la bang.
Penunggang 1 : Abang ada kawan yang boleh bantu.
Kami : Takpalah abang, kami dah telefon mekanik tadi.
(Tidak lama kemudian, berhenti pula peronda plus)
Peronda plus: Kenapa dik?
Kami : Tayar pancit la.
Peronda plus : dah minta bantuan ke?
Kami : Sudah bang
(selepas itu, penunggang-penunggang lain)
Penunggang 2 : Kenapa? (sambil menunggang motosikal)
Kami : Tiub bocor.
Penunggang 3 : Kenapa?
Kami : Tiub bocor (sambil menunggang motosikal)
            
           Oleh sebab itulah saya berasakan masih ramai pemandu di Malaysia ini yang masih punyai sikap positif iaitu sikap mengambil berat. Walaupun hanya bertanya, kami berasa sangat gembira dengan fenomena itu. Kata orang tua-tua, “berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing”. Jadi saya beranggapan ciri mengambil berat itu sudah ada dalam diri mereka, sungguhpun dengan sapaan kenapa? Adalah suatu yang sangat baik apabila kita saling bertegur sapa. Justeru, pada hemat saya kita beruntung berada di bumi Malaysia ini kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang makmur dengan rakyatnya yang saling mengambil berat.

Saling membantu amalan mulia

“KALIMAH AKAL : BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan